Tuesday, April 5, 2016

HIZIB AL-HAFIZ/DOA BISMILLAH



Hizib Al Hafiz adalah satu hizib yang mempunyai khasiat dan faedah agar sentiasa dalam jagaan dan lindungan Allah SWT. Jika kita menjadikan hizib ini sebagai wirid yang berterusan Insya Allah akan sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT dengan sentiasa dikawal oleh para malaikat di mana saja kita berada.

Wednesday, August 5, 2015

Keraguan

Iman kita hari ini penuh dgn KERAGUAN...
Ragu terhadap janji Allah..
Ragu terhadap khabar Nabi saw..
Ragu terhadap kubur..
Ragu terhadap akhirat..

Buktinya?

Kita sentiasa tepati waktu office.. tapi tak dapat tepati masa untuk solat di awal waktu..

Kita buat kerja penuh adab, tertib untuk sukakan bos.. tapi bila solat nak cepat selesai sampai rukuk & sujud tak sempurna di hadapan Allah..

Kita segera tinggalkan apapun urusan bila bos panggil kita.. tapi kita tak mampu tinggalkan urusan dunia bila seruan azan memanggil kita..

Kita risau tak da duit esok nak makan apa? Tapi kita tak risau kalau esok mati cukup tak bekal amal kita?

Kita yakin hari esok masih ada, seolah-olah mati tak akan datang dengan tiba-tiba.. sedangkan malaikat maut mendatangi kita 70 kali sehari..

Hadhrat Mufti Muhammad Abdur Rahim Lajpuri R.A`laih berkata: “Kawan manusia ialah mereka yang berusaha keras membina kehidupan akhirat walaupun nampak seperti memusnahkan keduniaannya. Musuh manusia ialah mereka yang memusnahkan kehidupan akhirat walaupun ia nampak seperti keuntungan dunia.” Sedutan dari kawan kawan.

Tuesday, August 4, 2015

3 hari

Hidup Kita Cuma Dalam 3 Hari

1. Semalam - Sudah menjadi sejarah
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.? Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
1. Kekal didalam neraka
2. Kekal didalam syurga

Semoga bermanfaat

Aku Dan Kamu

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku